Friday

Perghhhhh....malu gilaaaaa!!!!

Cerita ini di kongsi dan di copy paste oleh group "HIMPUNANA CERITA LAWAK"
apa yang menyebabkan jeje copy & paste cerita ini sebab masa jeje baca cerita ni, jeje langsung tak bernafas sebab menahan gelak yang teramat2 sgt... bagi jeje cerita ni sgt la lawak sampaikan sampai sekarang pon jeje masih tak boleh nak tahan gelak bila jeje bace story ni... so, jeje nak kongsikan dengan semua pembaca,... 

ceritanya begini..........


Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak.Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siangmalam makan telur rebus.

Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga akudah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..so aku dah tak kisah lagilah..Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak..akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kenamenapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah..akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebuslebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebusuntuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlahkenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untukaku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemasdibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku dudukdikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.


Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan ‘surprise’ isteriku ini.Aku pun tahan ler…Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..Fuuuuhhh lega rasanya… bau boleh tahan…maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi…Alamak..ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..bunyinya PROOOTTT!! ..fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia…aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia…adalah macam bau telur tembelang sikit..Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi…hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahusurprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa powerpunyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskanangin taufan tu… PRRROOOOOTTT!!!!… fuhh lega…bergegar sikit meja makan dibuatnya…peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..sambil tu aku sebut ‘ahhhh…. lega…’. Adalah dekat 5 minit baru baubangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebablambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku bukakain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupani.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!!Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku,adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiransebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?


so macam mana??? adakah anda tergelak???? terguling2???? hahahahahahaha!!!


mungkin ada setengah orang dah bace cerita ni, and menganggapnya bosan, tapi bagi jeje cerita ni memang the best la.. lau orang tengah tension  or serabut, better baca bahan lawak yang boleh buatkn kita tergelak, kerana senyum itu adalah  ubat duka... atleast, bila kita senyum or tergelak, xdelah muke cepat kedut akibat tension or stress...betol tak????


renung2kan dan selamat tergelak....hahahahahaha

Saturday

kedatangan mereka....

Baru-baru ni, sahabat jeje ada datang ke tempat jeje bekerja
sekali tu mahu singgah ke rumah jeje sambil berhari raya
rindu rasenyer dengan mereka
lama juga da tak bersua

kenangan lama kembali mengamit memori kami semua
masa yang ada hanya untuk mengingati kembali zaman di kolej, dan di hostel
rasanya, masa yang ada tidak mencukupi bagi kami semua untuk berborak dan bercerita lagi
namun apakan daya, hanya beberapa jam sahaja kami dapat berjumpa walau setelah sekian lama tidak bersua

perasaan di hati bangga melihat sahabat-sahabat ku semuanya berjaya dalam kerjaya masing-masing
syukur ALHAMDULILLAH....
doaku buat kalian
agar : persahabatan kita terus mekar seperti bunga yang menerima sinar mentari
seperti pelangi yang senantiasa mewarnai didada langit
seperti air yang terus mengalirkan air di sungai tanpa henti
seperti matahari dan bintang terus bersinar di bumi tak kira siang atau malam

semoga kalian succes di hari akan datang... amin....

sayang kamu semua deh... termasuklah sesiapa saja yang mengenali diri ini.....



jom layan sebentar gambar yang sempat di rakam oleh mereka....

dari kiri, farah, ruhil , nabila and jeje....


masing-masing layan makan kuih....

kuih yang nabila pegang tu adalah kuih goyang.....
siap buat mata badut yer..... hihihi.,..



nabila suka makan kacang soya yang digoreng..katanya baru firstime makan...






mereka ni tak habis-habis  dengan aksi masing-masing


ni lagi seorng adik yang aku da lame x jumpa... EIMA!!!!! RINDU IMA!


tengok la aksi si ruhil ni... tak habis-habis dengan aksi badut...





erm.... sik nak berebut je si nabila ni....



dari kiri : eikin, jeje, ruhil, dan farah....



p/s: thanks for coming.... terima kasih banyak2.. sudi dtg ke rumah... so lepas ni kalau aku kawin, da tau jalan kan ke rumah ku.... jangan sesat plaks... btw, love you'all.....





Wednesday

14 / 09 / 2011

Dah lama juga jeje tak update blog
so kali ini entry berkaitan tentang


14 September 2011


***********************




Hari ini, genap 4 tahun hubunganku dengannya
4 tahun bukanlah satu angka yang sekejap bagi ku mengenalinya
4 tahun jugalah banyak mengajarku erti sebuah perhubungan 
4 tahun juga kami melalui saat suka dan duka bersama


**********

Sejak hari itu, kehidupan kami berdua berubah
banyak yang kami ketahui dari satu sama lain
banyak perkara dan pengalaman yang kami kongsi bersamanya
walaupun jarak kami jauh beribu batu
itu bukanlah satu penghalang untuk terus kami berdua berhubung

walaupun ada satu ketika 
hampir 6 bulan tidak bersua
hanya mampu berdoa
agar dia di sana sihat dan dalam keadaan yang selamat
dan agar hubungan ini terus kekal sehingga menjadi satu hubungan yang sah disisiNYA
aminn...

macam mana kami berdua kenal????
itu biarlah menjadi cerita dalam kenangan dan jalan cerita cinta kami berdua
agar ianya dapat disimpan dan dikongsi pula dengan anak dan cucu kami... Insya'allah...
hehehehehe.....

lagu pertama yang si dia beri pada jeje( McD Mid Valley- 2nd date ):



"aku mahu mendampingi dirimu... aku mau cintai kekuranganmu..slalu bersedia bahagiakanmu... apapun terjadi..... ku janjikan aku ada... song by Once - Aku Mau"


jom layan gambar kami 4 tahun lepas ( zaman kanak-kanak ribena)







ni gambar 2 bulan lepas... OPPPPS! bukan 4 tahun lepas...hehehehe....


yang ni baru betol gambar 4 tahun lepas... masa ni study lagi.... umur jeje masa tu 18 tahun je dan En. Abg 20 tahun....kecik2 dah bercinta...ish2... hahaha..
(selain family, dia adalah penasihat jeje masa stdy)

kalau tak silap yang ni gambar 2 tahun lepas or 3 tahun lepas... not sure.... 


Pesanku wahai Adamku:
"andai benar dikau adalah jodohku yang selama ini ku nanti, bimbinglah daku ke jalan yang diredhai olehNYA. bantulah aku dalam mencari kesempurnaan dalam sebuah kehidupan dan izinkan ku melengkapi kekurangan di dalam dirimu... "