Sunday

Ramadhan datang lagi

1 august 2011


nampaknya bulan Ramadhan datang lagi
semua umat islam akan mula berpuasa
Bulan yang penuh rahmat
tak dapat gambarkan perasaan tika menyambutnya
ya'allah....
berkatilah kehidupan kami
terima lah ibadah kami
dibulan yang penuh kesyukuran
semoga kita menjalani Bulan yang penuh rahmat ini dengan hati yang bertaqwa kepadaNYA

**********

jika menurut bulan islam iaitu Bulan Ramadhan
genap sudah 4 tahun hubungan ku dengannya
ALHAMDULILLAH.... YA'ALLAH.....
Kau masih mengukuhkan dan memperpanjangkan jodoh kami
semoga kami bersatu sebagai Suami dan Isteri yang sah di sisiMU
Berikanlah pertunjuk dan bimbing la hubungan kami ke jalan MU YA'ALLAH....

**********

Buat Bunda dan ayahanda
"SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMDHAN AL-MUBARAK"

dan buat teman-teman ku
"selamat menjalani bulan yang penuh rahmat dan kesyukuran dngan hati yang tawaduk"

p/s: pose jangan tak pose! hehehehehehe....

Tuesday

ALLAH.... Mendengar Hati Kita Menangis




Ya'allah...
ketika hati ini  menangis, hanya Engkau sahaja yang tahu

Ya'allah...
Ketika mereka meninggalkan aku sendiri.
Ketika dunia tiada simpati, Kau tetap mendengar rintihanku.
PadaMu tempatku menagih kasih.
Ketenangan ku rasa mendekatiMu.
Syahdu malam tak terasa sunyi

Ya'allah...
Ketika aku dalam kepayahan, dalam kesendirian dihimpit cubaan.
Kau beri aku kesabaran, pengalaman mengajar erti kematangan.
Lantas Kau membuka pintu hatiku, untuk memberi kemaafan.
Pada mereka yang pernah melupakanku

Ya'allah....
Ketika aku buntu.
Kau berikan aku kekuatan, kau tunjukkan aku jalan.
Kau tak biarkan aku sendirian

Ya'allah....
Yang Maha Pengasih, Rahmatmu tak terkira.
Syukurku melangit pun tak tercapai.
Sungguh aku merasa berdosa kerana dulu sering lalai.
Semoga penyesalanku Kau terima.

Terima Kasih Allah kerana sesalu mendengar rintihanku..


~~insya allah...mudah2an~~


*perkongsian bersama GROUP CINTA ALLAH CINTA ABADI