Sunday

Biarkan aku....jatuh cinta....

tatap ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakan jantungmu

dan biarkan aku padamu

takkan menyesal hidup di dalam hidupku
rasa ini tulus padamu
dan kan ku biarkan sampai aku mati
 
 biarkan aku jatuh cinta
pesona pada pandangan saat kita jumpa
biarkan aku kan mencoba
tak peduli kau berkata tuk mau atau tidak

tatap ini indah melihatmu
rasa ini rasakan cintamu
jiwa ini getarkan jiwamu
jantung ini detakan jantungmu



Saturday

Pertunangan Azila

Hari ini adalah Hari pertunangan kawan baik aku
aku dengan azila dah lama berkawan baik
dah 10 tahun lamanya
dalam geng kiteorng ada aku, nabila, shidah, zila, leha and fiqah
fiqah je jauh dari kiteorng
Die kat selatan semenanjung Malaysia
*****
Di suatu petang
ketika aku bersama Bos, kak Maria and pelajar 
sedang menikmati makan tengah hari kami
aku terima panggilan dari zila
sembang punya la sembang
tetiba dia ajak aku pergi rumah dia
aku teka la
"kau nak bertunang ke?"
nyata tekaan ku tepat belaka
zila pon terkejut aku boleh teka begitu tepat sekali
100 markah tuk aku.... hehehe...
*****
Tapi ada juga yang sedihnya hari ni
sebab salah satu geng kami tak hadir
mungkin dia kerja
tapi tak apalah
hopefully semuanya berjalan dengan lancar
amin...
*****
jom lah tengok gambar-gambar pertunangan azila

saat ibu lelaki menyarungkan cincin pertunagan di jari manis azila


 saat menunggu ketibaan keluarga lelaki



mase ni sebelum keluarga lelaki sampai

ni dia merpati dua sejoli. bagai pinang di belah dua. secocok mereka


semoge sahabatku ini mendapat kebahagiaan bersama orang yang mencintai.. semoge mereka berbahagia sehingga menuju ke gerbang perkahwinan hingga mendapat anak dan cucu... "cik nab boleh la aku jadi Auntie pada anak2 kau"


bersama nabila. macam tak percaya sejauh ini persahabatan kita. LOVE YOU LA CIK NAB.


nabila dan azila. ambil seri katanya. biar cepat2 menikah juga . hehehehe.


me, nabila n my sis. sempat juga bergambar


ni da menjadi tunangan orang da sahabat ku ini... semoga kamu berbahagia ye sahabat....


aku lagi tinggi la cik nab.... baru perasan... he3....


ambil seri jugak la aku.... 


ni pun sahabat aku gak... 10 tahun da berkawan... ni anak dia.. AQIF. n xlama lagi dapat lagi seorang...


Auntie Niena dengan AQIF....


sempat ambil ni la gmbar hantaran azila untuk belah lelaki...


P/S : ni adalah pesanan dan luahan hati ku.terutama buat semua sahabat ku yang aku kenal sejak 10 tahun lalu. actually sepanjang 10 tahun ni banyak yg kita lalui. hopefully apa yg berlaku sebelum, jangan la boleh membuatkan persahabatan kita terputus. aku sayang dengan kowang semua. bukan sekejap kita kenal. dah lama. aku harap, hubungan ni kekal sehingga nyawa aku di akhir nyawa ku.. aku sayangkan kowang semua. Persahabatan yang terjalin ni, memang bermakna buat aku.

Friday

Sedetik Lebih

Tetibe je malam ni aku teringatkan dia

rindu?

 ye memang aku rindu

hampir 4 bulan tidak bersua

aku dan dia hanya boleh berhubung melalui sms dan call

atleast terlerai jua rindu ku

walaupun rindu tu tak bagus

tapi perasaan tu tetap hadir dihati ini

orang kata... rindu tu hasutan syaitan

yang bholeh ke kancana maksiat

kerana bila kita rindu

mula la nak lepaskan apa yang patot

tapi bagiku

boleh je rindu pada seseorang

tapi kita kenalah jaga batas-batas kita sebagai seorang yang muslim

yang kekal dalam hidupku

doa buat hubungan kami

supaya kami boleh bersatu sebagai suami isteri yang sah disisiNYA

insya'allah.....

semoge ALLAH mengizinkan untukku menjadi suri dihatinya

hingga ke akhir hayat

amin Ya'Rabbal'alamin...


Gambar ni diambil ketika kami berjalan di Taman Tasik Perdana
Gambar ni diambil pada 3 tahun lepas

Thursday

~ Bila musihabah hadir di dalam hidup ini~

Musibah?

aku cuma boleh tersenyum

andai aku boleh berkata TIDAK padanya

apakan daya ku ini

aku hanya manusia lemah

bukan aku tak boleh buat apa-apa

aku cuma perlu yakin yang ALLAH selalu berada disamping orang-orang yang sabar

aku yakin

satu hari nanti pasti ada hikmah disebalik kejadian ni

aku redha dengan apa yang berlaku

*****
"hey kamu!

tak semestinya kamu berada diatas

kamu tidak jatuh tersungkur

andai tiba satu hari nanti

kamu jatuh tersungkur

kamu juga memerlukan pertolongan orang lain

jadi~~ kamu perlu memandang ke bawah

kerana bukan selalu kamu berada diatas saja

kamu pasti jatuh jua akhir

dan bukan saja

orang lain perlu mendengar apa kata kamu

kamu juga perlu mendengar apa yang orang lain kata

jadi~~

hidup di dunia ni bukan la selamanya

ianya hanya sementara

*****

aku?

aku cume perlu senyum

tanpa berkata apa-apa

walaupun hati ini sakit

dek kerana kamu!

*****

tengok aku senyum je. aku ade geng la. hahaha.. joking je. saja nak menghiburkan hati aku yang sedang gundah gulana. btw, miss mase ni. gambar kami selepas membuat presentation untuk "Prinsiple Marketing"
" Ooki Pizza"

Wednesday

*** Dimanakah Jodohku??? ***


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Benar, jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi kita akan ada terma merisik? Salah ke merisik? Tak salah bahkan dianjurkan supaya tak tersalah pilih.



*****
Untuk Adam, andai mahu mencari Hawa..

Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerna Hawa hari ini tidak lagi seperti dulu, lihatlah pada telapak tangannya, andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik, fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata, lihatlah pada sebujur bibirnya, andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya, fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami, menabur buruk diri si suami.

Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata, lihatlah pada sepasang indah mata miliknya, andai tidak redup menunuduk pandangan, fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya, khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

*****

Untuk Hawa, andai mahu menerima cinta Adam..

Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata, lihatlah pada aktiviti malamnya, andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima, kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba, khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

 Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata, lihatlah pada bahagian kakinya, andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah di padang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima, kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata, lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara, andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah, fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya, khuatir apabila bersama kelak, kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Sekadar renungan bersama, wallahu a'lam :)

Ilmu perkongsian bersama Group "CINTA ALLAH CINTA ABADI"



Monday

~Hamba MU yang Lemah~

Hati ini sering berkata

ApakahTUJUAN kita hidup di DUNIA ini?

Bagaimanakah kehidupan kita selepas pergi dari dunia fana ini?

Apakah di SYURGA atau di NERAKA?

Apakah kita sudah Siap untuk MenghadapNYA?

Adakah Amal Ibadah Kita telah cukup untuk di bawah menemuiNYA?

******

Satu persatu soalan yang muncul di benak fikiranku

Adakah Aku siap untuk MATI?

Adakah aku seorang KHALIFAH ALLAH S.W.T yang TAAT akan perintahNYA ketika di Dunia?

" YA'ALLAH! aku belum siap!!! aku belum bersedia!"

******

Pernahkah kita terfikir

Bilakah kita akan mati?

pernahkah kita terpikir tarihk berapa kita mati?

pernahkah kita terfikir waktu kita mati?

'semua itu adalah rahsia ALLAH S.W.T'

******

Layakkah kita untuk menjadi penghuni SYURGA ALLAH S.W.T?

Ataupun kita hanya layak untu menjadi penghuni NERAKA?

******

"Ya'Allah, sesungghunya aku adalah manusia yang terhina di muka bumi ini..

aku tidak layak untuk menduduki SYURGAWI MU

aku terlalu banyak melakukan kesilapan

aku terlalu banyak mengingkari MU

aku selalu alpa terhadap MU

Ya'Allah~~

masihkah ada pintu taubat buat ku?

masihkah ada petunjuk dan hidayah Mu buat diriku?

Ya'Allah ~ ~

Pimpinlah daku menuju redhaMU

Tunjukkanlah daku jalan yang benar

Menuju kejalan Nur Cahaya MU

Lindungilah diriku, ibu bapaku, serta muslimin dan muslimat

Pelihara IMAN kami

dari SYAITAN LAKNATULLAH!

Sesungguhnya..

Kaulah Maha Mengetahui segala apa yang terjadi di muka Bumi dan Alam semesta

Hanya Kepadamu Ku Bermohon perlindungan

Lindungilah Kami semua...

Amin Ya'Rabbal'alamin..."













Sunday

Andai Aku Adalah Tulang Rusukmu Yang Patah

    • ♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥ 

  •    Wanita Solehah Itu, Bidadari Syurga •

    Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

    Aku berharap

    Jika nanti Allah mempertemukan kita

    Kau akan selalu membimbingku

    Agar aku menjadi wanita yang solehah

    Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

    Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

    ~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

    Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

    Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

    Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

    Iaitu anak yang soleh dan solehah

    Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

    ~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

    Andai engkau ditakdirkan untukku

    Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

    Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

    Kau bisa mencintai aku apa adanya

    Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

    ~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

    Dan andai aku salah

    Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

    Andai aku marah

    Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

    Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

    Andai aku lupa

    Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

    Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

    ~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

    Kerana....

    Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

    Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

    Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

    ~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~

Hai Manusia.... Hormati IBUMU!

Hai manusia, hormati ibumu
Yang melahirkan dan membesarkanmu

Darah dagingmu dari air susunya
Jiwa ragamu dari kasih-sayangnya
Dialah manusia satu-satunya
Yang menyayangimu tanpa ada batasnya

Doa ibumu dikabulkan Tuhan
Dan kutukannya jadi kenyataan
Ridla Ilahi karena ridlanya
Murka Ilahi karena murkanya

Bila kau sayang pada kekasih
Lebih sayanglah pada ibumu
Bila kau patuh pada rajamu
Lebih patuhlah pada ibumu

Bukannya gunung tempat kau meminta
Bukan lautan tempat kau memuja

Bukan pula dukun tempat kau menghiba
Bukan kuburan tempat memohon doa
Tiada keramat yang ampuh di dunia
Selain dari doa ibumu jua