Saturday

kedatangan mereka....

Baru-baru ni, sahabat jeje ada datang ke tempat jeje bekerja
sekali tu mahu singgah ke rumah jeje sambil berhari raya
rindu rasenyer dengan mereka
lama juga da tak bersua

kenangan lama kembali mengamit memori kami semua
masa yang ada hanya untuk mengingati kembali zaman di kolej, dan di hostel
rasanya, masa yang ada tidak mencukupi bagi kami semua untuk berborak dan bercerita lagi
namun apakan daya, hanya beberapa jam sahaja kami dapat berjumpa walau setelah sekian lama tidak bersua

perasaan di hati bangga melihat sahabat-sahabat ku semuanya berjaya dalam kerjaya masing-masing
syukur ALHAMDULILLAH....
doaku buat kalian
agar : persahabatan kita terus mekar seperti bunga yang menerima sinar mentari
seperti pelangi yang senantiasa mewarnai didada langit
seperti air yang terus mengalirkan air di sungai tanpa henti
seperti matahari dan bintang terus bersinar di bumi tak kira siang atau malam

semoga kalian succes di hari akan datang... amin....

sayang kamu semua deh... termasuklah sesiapa saja yang mengenali diri ini.....



jom layan sebentar gambar yang sempat di rakam oleh mereka....

dari kiri, farah, ruhil , nabila and jeje....


masing-masing layan makan kuih....

kuih yang nabila pegang tu adalah kuih goyang.....
siap buat mata badut yer..... hihihi.,..



nabila suka makan kacang soya yang digoreng..katanya baru firstime makan...






mereka ni tak habis-habis  dengan aksi masing-masing


ni lagi seorng adik yang aku da lame x jumpa... EIMA!!!!! RINDU IMA!


tengok la aksi si ruhil ni... tak habis-habis dengan aksi badut...





erm.... sik nak berebut je si nabila ni....



dari kiri : eikin, jeje, ruhil, dan farah....



p/s: thanks for coming.... terima kasih banyak2.. sudi dtg ke rumah... so lepas ni kalau aku kawin, da tau jalan kan ke rumah ku.... jangan sesat plaks... btw, love you'all.....





Wednesday

14 / 09 / 2011

Dah lama juga jeje tak update blog
so kali ini entry berkaitan tentang


14 September 2011


***********************




Hari ini, genap 4 tahun hubunganku dengannya
4 tahun bukanlah satu angka yang sekejap bagi ku mengenalinya
4 tahun jugalah banyak mengajarku erti sebuah perhubungan 
4 tahun juga kami melalui saat suka dan duka bersama


**********

Sejak hari itu, kehidupan kami berdua berubah
banyak yang kami ketahui dari satu sama lain
banyak perkara dan pengalaman yang kami kongsi bersamanya
walaupun jarak kami jauh beribu batu
itu bukanlah satu penghalang untuk terus kami berdua berhubung

walaupun ada satu ketika 
hampir 6 bulan tidak bersua
hanya mampu berdoa
agar dia di sana sihat dan dalam keadaan yang selamat
dan agar hubungan ini terus kekal sehingga menjadi satu hubungan yang sah disisiNYA
aminn...

macam mana kami berdua kenal????
itu biarlah menjadi cerita dalam kenangan dan jalan cerita cinta kami berdua
agar ianya dapat disimpan dan dikongsi pula dengan anak dan cucu kami... Insya'allah...
hehehehehe.....

lagu pertama yang si dia beri pada jeje( McD Mid Valley- 2nd date ):



"aku mahu mendampingi dirimu... aku mau cintai kekuranganmu..slalu bersedia bahagiakanmu... apapun terjadi..... ku janjikan aku ada... song by Once - Aku Mau"


jom layan gambar kami 4 tahun lepas ( zaman kanak-kanak ribena)







ni gambar 2 bulan lepas... OPPPPS! bukan 4 tahun lepas...hehehehe....


yang ni baru betol gambar 4 tahun lepas... masa ni study lagi.... umur jeje masa tu 18 tahun je dan En. Abg 20 tahun....kecik2 dah bercinta...ish2... hahaha..
(selain family, dia adalah penasihat jeje masa stdy)

kalau tak silap yang ni gambar 2 tahun lepas or 3 tahun lepas... not sure.... 


Pesanku wahai Adamku:
"andai benar dikau adalah jodohku yang selama ini ku nanti, bimbinglah daku ke jalan yang diredhai olehNYA. bantulah aku dalam mencari kesempurnaan dalam sebuah kehidupan dan izinkan ku melengkapi kekurangan di dalam dirimu... "






Friday

Kemalasan Bekerja Di hari Sabtu

entry untuk kali ini agak bosan sikit,...
maklumla tengah ketandusan idea....

pagi-pagi subuh lagi bonda da kejutkan jeje untuk bangun
subuh dan mandi untuk bersiap2 pergi kerja
bile terfikir balik ..... " aduhhhh, malasssnyerrrrrrrr!"
tapi jeje ade tanggungjawab sebagai pekerja
dan harus patuh !

masa nak pergi kerja, panas enjin kereta dulu
kalau x, "pakwe" jeje meragam je kalau jeje tak panaskan enjin kereta dulu
da hampir 10 minit, mcm bese
bergerak perlahan.... 40km/j.... 80km/j........
sampai je satu simpan ,
jalan yg selalu jeje lalu untuk pergi kerja telah ditutup oleh abg2 trafic
aduhhhhhhh,,,, takkan la nak ikut jalan duta pula?????!

meme lar .....terpakse la jeje ikut jalan duta .. yang agak jauh tuh
malas betol la lau ade sekatan or tutup jalan ni....
menyusahkan je...
sampai2 je office, dah lewat....
xpe hari ni je lewat.....

masuk office mood kerja da xee.. sebab dtg lewat
ni semua gara2 penutupan jalan yang menuju ke Dataran Merdeka Tu lah....

akhirnya jeje jadi seperti ini
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




sponge bob


Sunday

Kesibukkan berhari raya! (part 2)

Pada hari raya kedua, kami sekeluarga dan sepupu2 ayah dan family yang lain,
pergi ke Teluk Kemang, Port Dickson, Seremban, Negeri Sembilan.
adalah dalam 5 or 6 buah kereta
tapi separuh ade di timur dan ada dibarat
kami terpisah sebab ada masalah yang tertentu
contohnya parking
memang full la time tu

**********

lepas je siap2 mandi laut
petang tu kiteorng pergi la bilik mandi yang ada kat Teluk Kemang tu
tapi, Masya'allah!
banyaknya orang beratur nak mandi
pelbagai bangsa yang ada kt dalam bilik mandi ni
memang pening la
aduyaiiii.....
lama punya lama menunggu, akhirnya aku dapat gak mandi
walaupun menunggu dalam 2 jam beratur tuk mandi

Dah lepas kami bersiap2 untuk pulang
si "abg" mengajak jeje dan keluarga untuk beraya dirumahnya di Paroi
kami sekeluarga pun menuju kesana bersama pemandu arah 
yang suke tersesat entah kemana
hampir sejam jugak la ambil mase nak sampai kat paroi
aduyaiiiiiiii
lau jeje tau si pemandu arah ni suke sesat,
jeje ikut je jalan yang ditunjukkan oleh "abg" aritu
dekat maghrib juga la kami sampai kat Paroi tuh

Apepon, family "abg" memang best lah!
sporting habis!
terutama bakal mak mertuaku (insya'allah lau ada jodoh dengan "abg nanti)

apo laie, jom la layan gambar2 yang mase kami semua g Teluk Kemang

gambar ni masa jeje dan "abg" nak pergi beli baju raya. maaf, bukan nak g teluk kemang...hehehehehe......



ini masa kami on the way nak pergi Teluk Kemang


kami da sampai!

ayah dan bonda

**alamak.... internet problem sikit la... so xdpt nak upload gmbr .... insya'allah, masa yang akan dtg jeje akan upload.....










Saturday

kesibukkan berhari raya! (part 1)

Akibat sibuk berhari raya dan menjalani ibadah puasa,
jeje hampir lupa untuk update blog
al-maklumla, sebagai anak sulung banyak tanggungjawab yang harus diselesaikan
jadi, jeje tak ade masa untuk update blog jeje
mohon ampun dan maaf ya...

**********

Raya untuk tahun 2011 ni
ada perbezaannya 
sebab tahun ni arwah atok tiada menemani
walaupun tiap tahun kami tidak beraya bersama
atleast kami semua dapat berbual di talian di pagi raya
kami hanya mampu berdoa buat atok yang tenang disana
kami semua rindu atok!
Al-fatihah.

**********

Raya pertama:

macam biasa, pagi-pagi sekali
lepas orang semua balik masjid lepas menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri
kami sekeluarga bermaaf-maafan, antara yang tua dan yang muda
selepas itu kami mengunjungi rumah2 jiran kami 
untuk berkunjung dan bersalam-salaman 

tak sangka hari raya pertama si Ali ni dtg ke rumah dari seremban
tapi dia datang seorang jela
sebelum ni dia datang dengan "abg"
tapi kali ni ali tersesat sampai kemana pon kami tak tahu
sambil2 dia bercakap dalam telefon, 
kereta dia masuk longkang A.K.A excident
huhuhu... kasian de loe!
akhirnya, bumper kereta si ali ni calar habis la
dan jeje dan ayah pergi jemput dia
tup-tup, dia betul2 dekat depan wisma damansara
kesian betol....
pagi-pagi raya da dapat bencana
itukan namanya "COBAAN (bak kata bujang lapok)

jom layan gambar yang sempat jeje ambil masa raya pertama


tahun ni tak tempah or jahit baju raya. terus je beli kat kedai 
tapi susah betol nak cari saiz baju, mana yang muat , ambil je.!


Allah memberi rezeki lebih pada lebaran kali ni
jeje berbagi-bagi rezeki kepada yang lain
moge rezeki pada masa yang datang lebih murah, agar jeje dapat terus berbagi dengan orang lain... aminnnn.....


ini anak buah jeje, alamak! jeje lupa plaks nama die
tapi anak buah jeje ni lelaki.



ni pula anak buah jeje, anak kakak spupu jeje
nama die Faradilla. 
dapat je duit raya, dilla terus je makan ! aduh... semue benda dia nak makan..


dari kiri, ali , lessa(adik) n jeje
mase ni otw nak g umah atok
tapi kami x dpt nak ambil gmbr dgn atok, sebab atok kami pemalu



nanti , jeje akan update lagi tentang hari raya jeje ok... sebab entry ni macam da terlalu penuh.....

Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir dan Batin